KSSR/ Contoh RPH


Sila Layari Laman Wed KSSR






RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran                    : Pendidikan Moral

Kelas                                     : Tahun 3

Nilai / tajuk                            : Kerajinan

 Masa                                     :  9:15am – 10:15am

Standard Pembelajaran    :  11.1.1, 11.1.2, 11.1.3, 11.1.4

Objektif Pembelajaran       :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:      

Penaakulan Moral  :  i. menyatakan  2 cara bersikap rajin di sekolah.

  ii. menyatakan  2 kepentingan bersikap rajin di sekolah.

Perasaan Moral       : menceritakan perasaan apabila bersikap rajin di sekolah.

Perlakuan Moral     : menunjukkan sikap rajin di sekolah.

Bahan Bantu Mengajar     : komputer, LCD projector, lembaran kerja, cerita (belalang dan semut)

Pendekatan                         :  a) Pembelajaran Berpusatkan Murid

   b) Pembelajaran Berasaskan Otak 

   c) Pembelajaran Kolaborasi

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

LANGKAH
KANDUNGAN
AKTIVITI P&P
ELEMEN BESTARI
Set Induksi
(10 minit)
Cerita:
Belalang dan Semut
1.    Guru mencerita tentang Belalang dan Semut.
2.    Murid dikehendaki menyatakan nilai yang terkandung dalam cerita tersebut.
Langkah 1
( 15 minit )
Pengajaran nilai kerajinan
1.    Guru menunjukkan gambar-gambar dengan Powerpoint Slaid.
2.    Murid diminta memberi pendapat tentang gambar-gambar tersebut.
3.    Guru membimbing murid menghayati nilai kerajinan yang terkandung dalam gambar.
TMK:
Penggunaan alatan teknologi
Langkah 2
(20 minit)
Aktiviti kumpulan:
Lakonan
1.    Murid dibahagikan 5 orang dalam satu kumpulan.
2.    Murid dikehendaki mencipta satu situasi yang berkaitan dengan nilai kerajinan.
3.    Murid lakonkan situasi tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
4.    Guru membuat penilaian atas lakonan murid.
Kreativiti:
menjana idea, sumbangsaran
Langkah 3
(10 minit)
Lembaran kerja
1.    Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid.
2.    Murid dikehendaki  menyiapkan lembaran kerja secara individu.
Penutup
(5 minit)
Rumusan P&P
1.    Kuiz
2.    Murid menceritakan perasaan apabila mengamalkan sikap kerajinan.
3.    Guru mengingatkan murid supaya sentiasa mempraktikkan sikap rajin di sekolah.


Refleksi:












1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. sangat membantu. :)

    ReplyDelete